Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Wednesday, May 14, 2008

kenapa aku mesti diduga?

hidup ini penuh dengan ujian mmg perit dan pedih utk menghadapinya.tp kite mesti faham konsep “ujian’’ dalam perspektihf islam.kerana sekiranya kite tidak faham dgn jelas kite akan cepat berputus asa, kecewa dan lebih bahaya apabila kite buruk sangka terhadap allah swt.jadi bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka? pujuk lah dengan berzikir dan mengingati Allah…dan bacalah al-quran…sesungguhnya, bnyklah sudah isi-isi yg tersingkap di dlmnya…segala jwpn ada di dlmnya…

kenapa aku mesti diuji?

”apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;’’kami
telah beriman,’’sedangkan mereka tidak diuji?? dan sesungguhnya allah telah
menguji org-org yg sblm mereka, maka sesungguhnya allah mengetahui orng-orng yg berdusta.

-surah al-ankabutayat 2-3

kenapa aku tidak dapat apa yg aku idamkan??

boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

-surah al-baqarah ayat 276

kenapa ujian seberat ini??

allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya.

-surah al-baqarah ayat 236

rasa frust??

jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yg plg tinggi darjatnya, jika kamu orng yg beriman.

-surah al-imran ayat 139

bagaimana harus aku menghadapinya??

wahai orng-orng yg beriman! bersabarlah kamu menghadapi sgla kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yg berkebajikan, dan kuatkan kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kpd allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)

-surah al-imran ayat 200

dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kpd orang-orang yg khusyuk

-surah al-baqarah ayat 45

apa yg aku dpt drpd semua ini??

sesungguhnya allah telah membeli dr orang-orang mukmin diri, harta mereka dgn memberikan syurga mereka…

-surah at-taubah ayat 199

kepada siapa aku berharap??

cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain darinya.hanya kepadanya aku
bertawakal.

-surah at-taubah ayat 29

aku dah tak dpt bertahan lagi! ! !

…dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat allah.sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.

-surah yusuf ayat 12

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)