Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Friday, January 16, 2009

SEJARAH BAITUL MAQDIS

Kota Baitul Maqdis atau Al Quds terletak di Yerussalem, Palestin manakala tanah Syam sekarang pula terletak di Suriah, Yordania, Lebanon,dan Israel. Kota Baitul Maqdis mempunyai sejarah yang panjang sebagai tanah yang paling dipersengketakan di antara manusia di muka bumi ini. Tidak hairanlah bahawa Kota Baitul Maqdis dan tanah Syam mempunyai kedudukan penting dan strategik bagi semua umat manusia serta menjadi tanah utama berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah SWT sejak dahulu hingga ke Hari Kiamat nanti.
Bagi umat Islam khususnya, Baitul Maqdis dan tanah Syam adalah sebahagian dari Negara Islam yang tidak boleh dipisahkan. Ia juga secara langsung mempunyai kedudukan strategik dengan agama Islam.

Baitul Maqdis merupakan salah-satu tempat di mana terletaknya Masjidil Aqsa yang mana merupakan kota ketiga terbesar Islam, selepas Makkah Mukarramah dan Masjidil Haram iaitu masjid pertama Islam yang dimuliakan Allah. Masjid kedua pula ialah Madinah Al-Munawwarah dan Masjid An-Nabawi yang mengandungi makam Rasulullah s.a.w. Ketinggian kedudukan Masjidil Aqsa dan keberkatannya sebelum Masjidil Nabawi dibangunkan telah diberitahu dalam Al-Qur’an dan beberapa tahun sebelum hijrah.


Ketetapan Al-Qur’an tersebut dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w ,di mana

Solat di Masjidil Aqsa adalah sama nilai pahalanya dengan lima ratus kali solat di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.” (H.R Bukhari-Muslim).


Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat yang pertama pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w dan para sahabat-sahabatnya menunaikan solat ,mereka menghadap ke arah Baitul Maqdis di malam Isra’ dan Mi’raj pada tahun kesepuluh selepas Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul atau tiga tahun sebelum Hijrah. Mereka tetap menghadap Baitul Maqdis sebagai kiblat di Jerusalem. Ini berlangsung selama 16 atau 17 bulan sehingga Allah SWT menurunkan wahyu untuk mengubah arah kiblat ke arah Kaabah. Perubahan kiblat ini terjadi pada bulan Syaaban atau Rejab pada tahun ke-2 Hijrah setelah berdirinya Daulah Islamiyah di Madinah. Dan firman Allah S.W.T telah menyatakan bahawa

“Dan dari mana sahaja kamu berangkat atau berada, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram”. (QS, Al-Baqarah: 150).


Kemudian, Baitul Maqdis juga dikenali sebagai Negeri Isra’ dan Mi’raj. Allah telah menjadikan Baitul Maqdis sebagai perhentian terakhir perjalanan Isra’ di bumi dan permulaan perjalanan Mi’raj ke langit. Nabi Muhammad SAW telah melakukan perjalanan malam dari Baitul Maqdis (Al-Quds) bertolak dari Masjidil Haram ,Makkah, dan kemudian dari Baitul Maqdis melakukan mi’raj ke langit ke tujuh. Masjidil Aqsha adalah tempat berakhirnya Isra’ Nabi dan juga merupakan tempat bermulanya Mi’raj Nabi. Kisah Isra’ dan Mi’raj ini kaya dengan tanda-tanda dan isyarat yang menunjukkan ketinggian kedudukan Masjidil Al-aqsa, di sanalah Malaikat Jibril mengikatkan Buraq iaitu haiwan ajaib yang menjadi alat pengangkutan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Baitul Maqdis. Buraq tersebut diikatkan di Sakhrah hingga Rasulullah s.a.w kembali dari perjalanannya yang terakhir bermula dari Masjidil Aqsa menuju ke langit yang paling tinggi di Sidratul Muntaha. Kenangan perjalanan ini telah mewariskan kepada kaum Muslimin tentang rupa Batu Sakhrah dan Dinding Buraq.


Baitul Maqdis juga merupakan Negeri Kenabian dan Keberkatan. Di mana Baitul Maqdis adalah sebahagian dari negara Palestin dan ia merupakan buah mata dan urat nadi Negara Palestin. Negeri Persediaan dan Jihad adalah nama yang diberikan kepada Baitul Maqdis. Allah SWT telah memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w sejak dari awal lagi bahawa negeri yang suci ini akan diduduki oleh musuh-musuh atau akan terancam dengan serangan dan pendudukan. Oleh itu, Rasulullah SAW mengarahkan kepada umatnya supaya bersiap sedia bagi menjaga dan berjihad untuk membela Baitul Maqdis supaya tidak jatuh ke tangan musuh, dan membebaskannya jika ia ditakdirkan jatuh kepada tangan musuh.

Tanah Baitul Maqdis juga adalah tanah yang ditakluk tanpa perang. Ketika kepimpinan Khalifah Umar bin Al-Khattab RA, Al-Quds ditaklukkan oleh pasukan Islam pada 638 M. Ketika Al-Quds ditakluk, tidak berlakunya sebarang peperangan dan Umar RA disambut mesra oleh orang-orang Kristian ketika sampai di kota itu. Oleh kerana ditaklukkan tanpa perang, maka Syam termasuk dalam tanah Usyriyah (al ardh al-usyriyah) yang berbeza dengan tanah-tanah yang ditaklukkan dengan perang (al ardhu al kharajiyah).

Terakhir, Baitul Maqdis merupakan tanah di mana tempat semua manusia akan dikumpulkan. Terdapat banyak hadis menyatakan bahawa Baitul Maqdis adalah tanah tempat semua manusia akan dibangkitkan pada Hari Kebangkitan di hadapan Allah SWT.


Antaranya ialah hadis riwayat Imam Ahmad menyatakan bahawa Maimunah, iaitu saudara perempuan Sa’ad dan pembantu Rasulullah SAW, berkata

“Wahai Nabi, berikanlah kami sebuah pernyataan tentang Baitul Maqdis. Dan Nabi menjawab,Dia adalah tanah tempat manusia dibangkitkan dan dikumpulkan”. Manakala Allah SWT pula berfirman bahawa “Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru (malaikat) menyeru dari tempat yang dekat”. (TQS Qaaf : 41).

Ditambah pula pendapat beberapa orang Mufassir mengatakan bahawa

“tempat yang dekat dengan tempat malaikat Israfil As yang meniup terompetnya itu adalah di Baitul Maqdis (Al-Quds)”.

1 comment:

Fadiel "aburafa" Ahmad said...

Kebanyakan Ummat Islam hingga kini (Tahun 1430 Hijriah / 2009 Masehi) masih menganggap Mesjid Sulaiman (Solomon Temple) atau sering disebut Baitul Maqdis, yang ada di Yerusalem (wilayah yg diperebutkan Arab dan Israel) sebagai Masjid AL Aqso yang termaktub dalam QS 17 ayat 1.
Padahal jika Masjid Al Aqso, yang berarti “Mesjid Yang Jauh” seperti tercantum pada ayat diatas, dianggap sebagai Baitul Maqdis yang di Palestina, maka ini akan kontradiktif (bertentangan) dengan QS 30 ayat 2 – 3, dimana dikatakan pada ayat tersebut bahwa Palestina adalah “Negeri Yang Dekat”. Dan jika dikondisikan dengan masa kini........
Selengkapnya kunjungi :
http://forum-iqro.blogspot.com

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)