negatif...positif..negatif...positif..
ish..kejap pikir camtu..jap camni..
kawan-kawan..janganlah macam ni..
be pOsItIvE okeY..! =)
Dan jangan mAlaS...
Dalam mengejar kejayaan perlu mempunyai sifat positif dalam diri seperti:
- rajin berusaha,
- berdisiplin,
- kuat semangat,
- sentiasa beribadat
- dan mempunyai sikap inginkan kejayaan cemerlang yang menebal.
Taqarrub bermaksud mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa berbakti dan beramal salih tanpa rasa malas. Allah amat menyayangi dan memuliakan orang sentiasa bertaqarrub kepada-Nya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang setia kepada-Ku), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tiada seorang pun daripada hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, nescaya jadilah Aku (seolah-olah) sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya; sebagai penglihatan yang ia melihat dengannya; sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Seandainya ia memohon (sesuatu) daripada-Ku pasti akan Aku terima; dan seandainya (pula) ia memohon perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
cara bertaqarrub
- membaca al-Quran itu akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi di sisi Allah kerana ia dianggap sebagai taqarrub kepada-Nya.
- bertaqarrub dengan berzikir kepada Allah.“Maka ingatlah Aku (berzikir) supaya Aku mengingatimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 152)
- bertaqarrub kepada Allah dengan mengerjakan solat dan puasa sunat.
Makhluk itu adalah hamba kepada Khaliqnya, manakala Khaliq pula adalah tuan kepada makhluk. Sebagai hamba, ia sepatutnya patuh dan taat kepada perintah tuannya iaitu Allah. Jika si hamba itu patut dan taat setia, nescaya Allah akan menyayangi dan memuliakannya.
Diringkaskan oleh saya-sumber berita harian-
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20090323230030/Article/index_html
"Saya boleh..amin.."
No comments:
Post a Comment