Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Friday, April 3, 2009

SAYANG SANGAT PADA DIA

Di dalam islam..kasih sayang amatlah diutamakan..
kita
kasih kepada Allah
kasih kepada Nabi dan Rasul
Kasih kepada Ibubapa
Kasih kepada Adik beradik
Kasih kepada sanak Saudara
DAN yang Penting SEKALI kasih kepada DIRI SENDIRI..

Ya..Betul..Kasih Sayang pada diri sendiri adalah penting.
kerana jika tidak kasih pada diri, kita akan terus melakukan dosa..
membiarkan diri kita bergelumang dengannya..
TIDAK TAKUT KAH KITA PADA Tuhan Yang Maha Esa??
TIDAK TAKUT KAH KITA dengan Fitnah2 yang Telah dibuat??
TIDAK TAKUTKAH KITA pada mulut2 yg laser??
TIDAK TAKUTKAH KITA dengan perlakuan salah yang telah kita lakukan ??
jagalahlah dan sayangilah diri kita..
fikirkan kehidupan kita di akhirat sana dengan perbuatan yang tidak baik yg telah dilakukan kita...

TAHUKAH BETAPA TUHAN SAYANGKAN KITA??
  1. Tuhan beri kita pelbagai nikmat-nikmat hidup tanpa mengira bangsa, islam atau kafir.
  2. Tuhan beri semua itu tanpa kita minta..buktinya DIA beri kita udara, cahaya,bumi, bulandan bintang,matahari..semuanya bukan kita minta kan??
  3. Kalau kita membuat baik diberi pahala,Kalau kita terbuat salah, kita minta ampun,
    Diampunkan-Nya
  4. Berkasih sayang sesama, yang susah dibela,Yang senang membela,Yang salah meminta maaf,Itu kasih sayang namanya

Betapa baiknya PEncipta kita kepada KITA INI...betapa sayangnya DIA pada kita

Kasih sayang itu muncul apabila:::

  • Yang tak bersalah memberi maaf
  • Yang berkuasa, berlaku adil dan saksama
  • tidak sombong kepada manusia,
  • tidak perlu berhasad dengki, bahkan turut sama gembira dengan kejayaan orang lain
  • Yang berharta menjadi seorang pemurah
  • Orang dapat susah, kita rasa sedih bersamanya
  • Bertolong bantu sesama manusia
  • Kita dapat kesusahan, orang ikut simpati dengan kita
  • Bertolak ansur dalam pergaulan, berlapang didalam kehidupan

Islam adalah agama kasih sayang,

Tuhan yang memujuk dan memberi kasih sayang kepada hamba-Nya,Sekalipun hamba-Nya derhaka,Cuma diakhirat dibalas-Nya....

Perjuangkanlah Islam yang berkasih sayang, Tuhan sangat suka,

Sebab itu Tuhan memulakannya.

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)