Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Tuesday, June 23, 2009

PANGGILAN TELEFON PERCUMA

PANGGILAN MELALUI HP KE NO LAIN MENGGUNAKAN WI-FI

SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar.

Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di
www.wifimobile.com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com
gambar....tip1.jpg

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

gambar....tip2.jpg

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.Gambar… tip3.jpg

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.
Gambar…tip4.jpg

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

Dipetik dari;http://www.hmetro.com.my/

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)