emm..semakin hari semakin kita mendengar bahawa tempat-tempat pngajian di Universiti dan sekolah-sekolah ditutup sementara berkenaan dengan penularan Wabak H1N1.
Kelmarin, UUM telah dicutikan seminggu
Semalam, UPM pula ditutup seminggu..
Kampus saya di UKM KL juga telah ditutup seminggu bermula dari 27hb-2hb ogos.
sabar ek kawan-kawan kat KTSN 1 tu..terpaksalah terkandas dalam kolej kediaman..
saya pula kebetulan berada di rumah 25hb yang lepas..jadi terlepas kuarantin di kolej kediaman la..tapi barang-barang saya semua di sana..huhu.
hari ini pula, USM kampus Penang telah memulakan cuti mid semester lebih awal, walaupun tiada kes h1n1..bagi mengelakkan sebarang kemungkinan..
Bagi kawan-kawan dan junior-junior yang ada di UKM KL sekarang ni..
banyakkan bersabar ye..
bolehla luangkan masa seminggu ni dengan perkara-perkara berfaedah..seperti
- study..atau stadoo..hehe
- main facebook ka, friendster ka..myspace ka..atau lawat blog yang bermanfaat..atau lawatilah blog saya..hehe
- buat assingment yang tak siap, siapkan proposal, siapkan kerja-kerja tertangguh tu..
- dengar dari kawan saya..yang bersukan tengah-tengah ari buta pon ada.. main tenis dan bola sepak..
- ada gak yang tengok tv beramai-ramai di kafe (yg penting pakai mask ye..)
- apa-apa yang berfaedah yang lain...etc..
sebenarnya saya telah bermimpi pagi sebelum hari kuarantin di KTSN
Dalam mimpi saya tu
saya berada di sekolah..tiba-tiba disuruh balik sebab ada penularan penyakit melalui binatang terbang. jadi saya turun tangga sekolah dengan berhati-hati. masa saya naik van untuk balik rumah..tiba-tiba binatang terbang yang menakutkan tu masuk terbang ke tekak saya..saya terbatuk-batuk dalam mimpi tu..
saya pon terjaga tetapi masih batuk-batuk bersambungan dari mimpi tu..
pagi itu (27hb) saya sakit tekak dan batuk-batuk sampai petang..malamnya saya demam dan sakit kepala. siang esoknya saya sihat tetapi malamnya demam balik..tapi alhamdulillah..harini saya sihat cuma sakit kepala sahaja..
Adik-adik saya juga demam,tapi sudah pergi klinik semalam..alhamdulillah, cuma demam biasa sahaja..
Rupa-rupanya mimpi saya itu macam petunjuk (mungkin kebetulan kot). Pagi 27hb tu saya bukak facebook, kawan saya kecoh cakap tempat belajar kena kuarantin..takut saya dengar.
macam berkaitan je dengan mimpi ni
--------------------------------------------------------------------------------------
sekolah= tempat belajar kt U
suruh balik= nak kena kuarantin
binatang terbang= H1N1 tersebar melalui udara
--------------------------------------------------------------------------------------
hu..kebetulan mimpi ni..tapi takut gak..sebab sudah banyak kali mimpi jadi benar
jauhkan la mimpi-mimpi tak baik dari saya..(takut jadi benar)
untuk kawan-kawan Universiti di luar sana, atau pengunjung blog ini..
Saya mahu kongsikan bersama Doa Mengelakkan diri dari Penyakit Berjangkit
moga kita semua selamat dan mari baca bersama doa ini..
Bismillahirrahmanirrahim
Jom kita doakan bersama semoga kawan-kawan kita dan rakyat Malaysia sihat dan dijauhi penyakit berjangkit ni...insyaallah..
No comments:
Post a Comment