Menurut Nabi Muhammad S.A.W, di hadapannya syurga terdapat 4 orang yang ingin masuk ke syurga terlebih dahulu. Mereka adalah
pahlawan
orang kaya yang dermawan
haji mabrur
orang alim yang soleh
Oleh kerana itu, malaikat Ridhuan tidak mengambil keputusan. Lalu turun malaikat Jibrail untuk ditugaskan sebagai hakim.
salah seorang daripada mereka dipanggila dan ditanya "dengan sebab apa engkau beruntung akan masuk syurga tanpa disiksa?"
PAHLAWAN menjawab "saya seorang pahlawan yang mati syahid di medan perang kerana membela agama"
Jibrail berkata "dari mana kau tahu bahawa pahlawan yang mati syahid bakal masuj syurga tanpa dihisab?"
PAHLAWAN menjawab "dari orang alim"
"Kalau begitu jagalah ahklak yang baik.biarkan orang alim masuk syurga terlebih dahulu"
ucap malaikat Jibrail.
PAHLAWAN pun menundukkan kepalanya kerana menyedari atas kesilapannya.
Lalu dipanggil haji mabrur, yang ikhlas dan tidak cacat dalam melaksanakan ibadatnya. Dia ditanya oleh JIbrail "siapa kau?"dan apa amal baikmu di dunia hingga mahu masuk syurga dahulu?
Haji itu berkata "saya seorang haji mabrur. sesuai dengan janji Rasulullah, tidak ada balasan yang setimpal melainkn syurga"
"Betul, begitulah janji Nabi, sama dengan wahyu Allah. tetapi daripada mana engkau tahu bahawa Rasulullah pernah berjanji begitu?"tanya malaikat Jibrail
jawab Haji Mabrur"dari tuan guru saya,orang alim."
"Dari orang alim?Kenapa kamu tidak menjaga adab?biarlah orang alim masuk syurga terlebih dahulu!"Kata Malaikat Jibrail tegas.
Haji itu pun berundur mengunsafi kekeliruannya.
Sesudah itu tampil pula orang kaya yang dermawan. yang sebahagian hartanya di dermakan ke jalan kebaikan.
"Engkau ingin yang pertama masuk syurga?"tanya Jibrail
"Benar saya mahu masuk syurga yang pertama kerana itu merupakan hak saya" jawab orang kaya tersebut.
"Apakah yang kamu lakukan di dunia ini sehingga mendapat pendapatan sebanyak ini?" tanya Jibrail lagi.
"saya adalah seorang hartawan. kekayaan saya perolehi dari jalan yang diredhai dan halal. Saya perolehi dari usaha keras dan berhemah. saya tidak menggunakan kekayaan saya ke jalan yang maksiat. Sebahagian besar saya gunakan untuk menolong masyarakat dan berjuang di jalan Allah s.w.t" jawab dermawan dengan panjang lebar.
"dari siapa engkau tahu engkau akan masuk syurga tanpa di hisab?" tanya Jibrail
jawab Dermawan"dari tuan guru saya orang alim"
"dari orang alim?" tanya Jibrail dengan nada terperanjat.
"kenapa kamu tidak menjaga adab? biarla orang alim terlebih dahulu masuk syurga" kata Jibrail
Dermawan mengundurkan diri serta sedar akan kesilapannya.
DENGAN ITU MALAIKAT JIBRAIL MEMUTUSKAN BAHAWA ORANG ALIM AKAN MASUK SYURGA DAHULU.
Namun dasar orang alim yang soleh, dia tetap setia dengan ilmu yang dipelajarinya. Dia harus mengalah dan merendah diri. Dengan segala keikhlasan orang alim itulah berkata "maaf tuan2 dan para malaikat yg bijaksana, sebagai orang alim, saya tidak akan dapat belajar dan mengajar dengan tenang apabila tiada orang yang rela menjadi PAHLAWAN yang mati syahid. Tidak dapat pahala yang berterusan selagi murid saya yang haji tidak mengamalkan ilmu saya yang benar. Orang alim, Pahlawan dan Haji mabrur tidak akan dapat memperolehi kemudahan beribadah serta mengajarkan ilmu apabila tidak ada dermawan yang mahu membiayai tentera pergi berperang, menyediakan kemudahan perjalanan haji , membangunkan madrasah, tempat-tempat pengajian agama, penyatuan anak-anak yatim serta bermacam kebaikan lainnya. Semua itu mustahil wujud apabila tidak ada orang kaya yang dermawan.
Oleh itu biarlah orang kaya ini yang terlebih dahulu masuk syurga, disusuli pahlawan kemudiannya haji mabrur dan izinkan sayalah masuk syurga paling penghabisan -kata orang alim.
Akhirnya, Malaikat memutuskan bahawa hartawan yang demawan itu masuk syurga paling depan..
Wassalam
pengajaran
- orang alim bersikap semakin banyak ilmu di dada semakin tawaduk dan bertaqwa.
- betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh orang alim yang mempunyai ilmu pengetahuan serta beramal dengan ilmu yang dipelajari supaya untuk dimanfaatkan kepada orang yang lain..insyaallah
No comments:
Post a Comment