tadi pagi, masa saya naik bus ke hospital, sempat gak la mendengar motivasi dari Dr Fazilah Kamsah..
Beliau berkata..
Beliau berkata..
"seseorang yang membayangkan apa yang dia kehendaki lebih berkesan dan lebih berjaya dicapai dari azam yang dibuat tiap-tiap tahun."
apabila ingin mencapai sesuatu contohnya:
saya mahu jadi orang yang baik VS saya tengah membantu orang lain
antara dua ayat di atas, mana kawan-kawan rasa mudah dibayangkan?
mesti ayat no 2 kn?
sebabnya..kita susah nak bayangkan jadi baik, tetapi lebih senang membayangkan kita membantu orang lain (berbuat baik).
Menurut motivasi yang saya dengar di radio itu, semakin jelas bayangan kita, semakin dekat hendak dicapai apa yang dibayangkan.
Bayangan yang jelas adalah 10X lebih berjaya di capai berbanding Azam tiap2 tahun.
jikalau kita mahu menasihati anak2 atau adik2..
contohnya..
belajar rajin-rajin di sekolah tau VS tengok dan paham betul-betul apa yang cikgu ajar didepan
ayat no 2 lebih mudah dibayangkan berbanding ayat no 1..
jadi..apa tunggu lagi?
jom bayangkan apa yang kita inginkan..kemudian dibantu dengan usaha, doa dan tawakal..insyaallah boleh dicapai..
No comments:
Post a Comment