(Riwayat At-Thabarani ).
1. "Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
Niat Solat Dhuha :
Doa Selepas Solat Dhuha
"Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih."
Masa Solat Dhuha
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit kira-kira jam 12tghari.
Surah yang disarankan untuk dibaca ketika solat
Solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut.
Kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu :
Rakaat pertama ~~dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua ~~dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.
Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 3.11pagi..
Ya Allah saya tak dapat tidur lagi..
macam mana ni..esok perlu bangun awal..
ok la semoga pengisian malam ini dapat memberi manfaat..insyaallah..
nak tido dulu..(walaupun xdapat tdo lg..)
Assalamualaikum..
Mari doakan semoga semua orang disekeliling kita mendapat hidayah daripada Allah..Amin..
Jangan lupa pakai mask blia keluar dan jaga kebersihan diri ketika wabak H1N1 tengah hangat ni..'
Ya Allah jauhkanlah kami semua dari bahaya..amin..
No comments:
Post a Comment