Pejam celik pejam celik..sudah 15 malam ramadhan berlalu rupanya..
sungguh cepat sekali masa berlalu. Mari kita Mencari Lailatul Qadar di 10 malam terakhir nanti kawan-kawan..
Antara cara untuk menghidupkan malam Ramadhan dengan melakukan solat-solat sunat di bawah ini.
- Solat Terawikh
- Solat Hajat
- Solat Taubat
- Solat Tahajjud
- Solat Tasbih
- Solat Witir (kerana solat witir itu penutup bagi semua solat pada malam itu)
Kemudian banyakkan berdoa,berzikir dan mengaji.
Digalakkan kejut semua ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mengajak mereka beribadah bersama.
Ajak dan Ajar anak-anak berqiamulail bersama ibu bapa
Duduk iktiqaf di dalam masjid.
~Marilah kita sama2 menghidupkan 10 malam terakhir ni, mana tahu akan datang kita tidak lagi berpeluang bertemu dengan bulan Ramadhan lagi.baik kita hargai apa yang ada sekarang~
No comments:
Post a Comment