Pagi tadi saya rasa pening kepala...tiba-tiba je pening..
petang tadi masa jogging dengan kawan dekat tasik titiwangsa pada pukul 6 dan berada di tasik sampai pukul 7.10ptg, tiba-tiba kawan mengadu pening kepala..diikuti oleh saya..
balik2 je kawan-kawan ramai kecoh kata ada gempa bumi pukul 6.20 tadi..
ramai orang berpusu-pusu keluar dari bangunan celcom, menara selborn dan kondominium di sebelahnya menurut rakan saya..
rakan sebilik saya pula bercerita masa dia baring2 tiba2 rasa kaki bergoyang2..
tuala yang disangkutkan di dinding almari pon jatuh gak..
untuk kepastian, saya dan rakan menonton berita di tv9 (disebabkan siaran tv3 tak berapa bagus..huhu..terpaksa.bkn sbb tv3 xbgs, tp xdapat adjust arial tv tuk dpt gmbar lbh baik).
memang betul la ada gempa bumi petang tadi yang berukuran 7.7 hingga 7.9 skala rektar di Sumatera..
Tsunami juga berlaku di Samoa...huhu...sungguh menakutkan kalau dengar TsuNami...
teringat 26 December 2004...
Gempa 7.9 magnitud di Sumatera turut dirasai di Semenanjung
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda selatan Sumatera pada jam 6.20 petang tadi turut dirasai hampir seluruh pantai barat Semenanjung.
Menurut laporan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku jam 5.16 petang (waktu Jakarta) di selatan Sumatera membabitkan Kuala Lumpur dengan jarak 480 kilometer dari pusat gempa; Padang, Pekanbaru dan Sibolga.
Amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India, Thailand
JAKARTA: Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand berikutan gempa bumi berukuran 7.6 mangnitud melanda barat Sumatera, jam 6.20 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Indonesia melaporkan gempa berkenaan berukuran 7.6 magnitud yang berpusat di pantai Sumatera.
Gegaran dapat dirasai di bangunan tinggi di Jakarta sehingga ke Singapura dan Malaysia.
dengar2 ade ribut ganjil di sebelah timur semenanjung Malaysia dan mengorbankan 1 nyawa pada pukul 3ptg lbh td..
Kejadian2 ini mengingatkan kita tentang peringatan dari Allah..
Dunia semakin tua dan hari kiamat semakin hampir!
dulu 26 december selepas Krimas ,Tsunami berlaku..
sekarang 11 Syawal, gempa bumi dan Tsunami juga berlaku!
Asal ada event besar je ada bala/ peringatan yang berlaku...mungkin ada maksud yang tersirat..
mungkin Allah tidak mahu hambanya terlalu leka dan alpa dengan dunia...
tidak mahu kita terlalu gembira sampai lupa...
kita perlu beringat dan sentiasa Ingat...
bila-bila masa sahaja nyawa kita boleh dicabut...
Moga kita mati di dalam keadaan yang baik, berada di landasan agama dan berada di dalam keredhaanNya..amin..
No comments:
Post a Comment