Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Thursday, September 3, 2009

Nuzul Al-Quran

17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an.

Allah berfirman:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)” [ al-Baqarah (2):185].

Nuzul adalah perkataan Arab yang memberi makna turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain, manakala al-Quran bermaksud bacaan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca manusia.

Justeru tarikh lebih tepat mengenai Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadan kerana ia berdasarkan ayat pertama, surah al-Qadr dan ayat 1 hingga 4, surah ad-Dukhan.Riwayat Ibn Abbas dan pandangan ini disokong majoriti mufassirin, al-Quran yang diturunkan pada malam 'Lailatul Qadar' seperti disebut itu adalah al-Quran yang turun sekali gus ke 'Baitul Izzah' di langit ke dunia.

Menurut riwayat daripada al-Hakim, al-Baihaqiy dan al-Nasaei daripada Ibn Abbas, beliau menjelaskan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun."Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun (13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah). Ayat dan surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenali sebagai Makkiyah sedangkan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah.

Penurunan al-Quran ini pula berlaku dalam berbagai bentuk:
  1. Menerusi mimpi yang benar. Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi SAW tidak melihat sesuatu apa pun, hanya Baginda berasa bahawa itu sudah berada di dadanya.Contohnya, Nabi SAW pernah bersabda mengatakan: "Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku bahawa seseorang itu takkan mati sehingga dia menyempurnakan rezekinya yang ditetapkan Allah."
  2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya dan peristiwa seperti ini sering disaksikan sahabat.
  3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, walaupun turunnya wahyu itu pada musim dingin. Ada ketikanya, unta baginda terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat.
  4. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: "Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Aku lihat Rasulullah SAW ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian selepas selesai turunnya wahyu, barulah Baginda kembali seperti biasa."
  5. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW dalam rupanya yang sebenar seperi dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha." (Surah an- Najm, ayat 13 dan 14)– Malaikat mewahyukan kepada Nabi dari atas langit seperti yang berlaku dalam peristiwa Isra' dan Mikraj.

summary from:
Penulis ialah Pensyarah Jabatan Bahasa al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20070929001642/Article/index_html
dan gabungan daripada artikel lain.

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)