Solat Istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja jika kita berasa kemusykilan di dalam membuat keputusan di antara dua pilihan walaupun ianya adalah benda kecil yang dianggap remeh yang boleh memberi impak yang besar kepada kehidupan kita..
maka setiap keputusan itu janganlah dianggap mudah dan adalah lebih berkat jika kita mintak petunjukNYA dahulu kerana DIA lebih mengetahui segala apa yang berlaku dahulu, sekarang dan masa depan.
Cara melakukannya:
Solat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat.
Niat :
Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah 2 rakaat, keran Allah Taala
Rakaat pertama selepas Fatihah baca : "Qul yaa aiyuhal kaafiruun ...."
Rakaat kedua selepas Fatihah baca "Qul huwallaahu ahad......."
Selepas salam, istighfar sekurang x 3 kali (sama seperti istighfar selepas sembahyang fardhu)
Doa Selepas Solat:
- Dimulakan dengan Bismillah dan Puji-pujian kepada Allah
- Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Ya Allah, Yaa Wahaab,
Sesungguhnya aku mohon petunjuk yg baik dariMu,
Dengan ilmuMu aku minta Kekuatan dari Mu,
Dengan KekuatanMu aku meminta kelebihanMu yang banyak.
Sesungguhnya Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib.
Ya Allah, Ya ’Aliim,
Jika Engkau mengetahui bahawa perkara dan pekerjaan ini (SEBUTKAN HAJAT) adalah baik untukku pada agamaku dan duniaku, pada permulaan dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka tentukan lah ia untukku, dan permudahkan lah ia bagiku.
Yaa Allah, Ya Khabiir,
Sebaliknya, jika Engkau mengetahui perkara dan pekerjaan ini (SEBUTKAN HAJAT) adalah tidak baik bagiku, pada agamaku dan duniaku, pada kesudahan urusanku buat masa ini dan masa akan datang, maka jauhkan lah ia dariku dan jauhkan lah aku daripadanya,
Kemudian tentukanlah kebaikan untukku di mana saja aku berada dan jadikan lah aku Redha dengan pilihan Mu.
Sesungguhya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Kemudian ditutup dengan Selawat ke atas Nabi..
Cara petunjuk Solat Istikharah:
ada yang menyatakan ianya boleh diberi petunjuk secara mimpi berturut2.
ataupun di dalam kehidupan harian kita seperti merasa berat untuk menerima sesuatu dari orang lain setelah membuat istikharah,mungkin itu tidak baik bagi kita.
ataupun kata hati menyatakan untuk membuat satu pilihan daripada dua pilihan, kita boleh memilih yang mana kita rasa cenderung untuk memilihnya setelah istikharah.
Kemudian setelah membuat keputusan,kita hendaklah redha dengan apa yang terjadi itu..
Kalau baik yang berlaku, Alhamdulillah..
kalau tidak baik yang berlaku,mungkin itu adalah sebahagian ujian untuk diri kita dan Allah mahu menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepadanya.
Walau apapun Redha setelah membuat keputusan adalah perlu..serta yakin kepada Allah dengan setiap yang di minta akan diberi jalan penyelesaian yang baik.
p/s: yang penting kita buat keputusan itu dengan izin dan petunjuk Allah.itu yang penting..Alhamdulillah, sy mengamalkannya. diharapkan kawan-kawan juga mengamalkannya bersama ok~
No comments:
Post a Comment