Niat:
“Sahaja aku melakukan sujud syukur kerana Allah Taala”
Syaratnya
Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali disyaratkan sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat
Rukunnya
1. Duduk menghadap kiblat
2. Berniat untuk sujud syukur
3. Menyebut lafaz takbiratul ihram.
4. Satu kali sujud sahaja (berdo’a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa.”).
5. Bertakbir sekali lagi untuk bangkit dari sujud kemudian Duduk selepas sujud
6. Memberi salam sesudah duduk tanpa membaca doa tahiyat .
Sebab Sujud Syukur ianya dilakukan kerana
1. Selamat dari sesuatu musibah
2. Menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih)
3. Menerima apa-apa yang membuat seseorang itu gembira
Sujud Syukur dilakukan di luar solat.
Hukum sujud syukur dalam masa terlarang untuk solat sunat seperti selepas subuh dan selepas asar adalah makruh. Tidak dibenarkan juga mengerjakan sujud syukur ketika khutbah jumaat.
No comments:
Post a Comment