Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Sunday, October 4, 2009

Kumpulan Hadis Rasulullah

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata :

Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W

yang mana dia telah menyatakan tujuannya :

Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau

mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.

Rasulullah menjawab :

Orang Arab bertanya:

Rasulullah bersabda:

1. Aku mahu menjadi orang yang alim

1. Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

2. Aku mahu menjadi orang paling kaya

2. Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

3. Aku mahu menjadi orang yang adil

3. Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

4. Aku mahu menjadi orang yang paling baik

4. Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

5. Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

5. Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

6. Aku mahu disempurnakan imanku

6. Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

7. Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin ( baik )

7. Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan mukminin

8. Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

8. Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

9. Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa

9. Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

10. Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya

10. Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

11. Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat

11. Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

12. Aku mahu dihapuskan segala dosaku

12. Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan( kurangkan ) segala dosamu

13. Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

13. Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

14. Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia

14. Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

15. Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah

15. Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

16. Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

16. Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

17. Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat

17. Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

18. Aku mahu diterima segala permohonanku

18. Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

19. Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

19. Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

20. Siapa yang terselamat daripada dosa?

20. Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

21. Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

21. Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian ( bala )

22. Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

22. Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

23. Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

23. Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

24. Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

24. Sabar di dunia dengan bala dan musibah

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)