Ayat berbunyi "alam nasrah..."
ayat di bawah adalah Menurut Tafsir Al-quran
Surah ini ialah menerangkan kelebihan-kelebihan Nabi Muhammad s.a.w dan menerangkan tentang prinsip susah senang dalam perjuang.
Pengajaran yang pertama surah ini ialah :
Menerangkan nikmat hidayat dan nikmat nama yang harum yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW menurut ayat 1-3 di bawah.
Ayat 1 - Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk).
Ayat 2 - Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam).
Ayat 3 - Yang memberi tanggunggan, (dengan memberikan berbagai-bagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Menerangkan seruan kepada usaha perjuangan yang gigih menuju kejalan Allah menurut ayat 5 hingga 8 di bawah.
Ayat 5 - Oleh itu,maka (tetapkanlah kepercayanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai oleh kemudahan.
Ayat 6 - (Sekali lagi ditegaskan):bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai oleh kemudahan.
Ayat 7 - Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).
Ayat 8 - Dan kepada TuhanMu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingin).
Ianya boleh diamalkan untuk mempermudahkan segala urusan dan dilancarkan pekerjaan yang kita buat dengan izin Allah..Insyaallah
No comments:
Post a Comment