Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.
Baginda ambil ranting sebatang pohon yang daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda s.a.w bersabda, "Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal. Begitulah kesannya solat yang dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawaduk.Segala dosa yang
dilakukan oleh seseorang yang bersolat adalah dihapuskan. Bagaimanapun hendaklah diingat menurut ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil saja yang terampun dengan solat. Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.
Oleh itu, patutlah kita, disamping bersolat, jangan lupa beristighfar dan bertaubat. Semoga ALLAH s.w.t dengan limpah rahmatNya, mengampun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana ALLAH.
Mengapa bersalaman selepas sembahyang berjemaah?
Semasa kita sembahyang kita mengadap Allah SWT dan hubungan kita dengan mahluk-mahluk lain terputus. Selepas sembahyang
disunatkan bersalaman bagi menyambung kembali persaudaraan sesama Islam.
2 comments:
thanks for sharing.... kalau bosan2 datang le jengku blog saya
salam kak,
hadis kat atas tu x menunjukkan kepentingan salam lepas solat pun..
oarang islam kat mekkah x salam pun lepas solat.
sebbnya x de hadis yang kata nabi salam lepas solat, juga xde hadis yang kata nabi angkat tangan masa doa lepas solat. Nabi angkat tangan kalau doa time lain je... kalau ada hadis tu, leh share dgn saya.. huhu..
Muhamad
Post a Comment