Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Saturday, November 28, 2009

Nur Kasih..oh Nur...

Assalamualaikum..
akhirnya cerita ini habis dah jumaat mggu lepas..
memang tak dinafikan cerita ni best dan penuh dengan kehidupan is;amik..
semoga pelakon yang bertudung dalam cerita ini teruskan bertudung walaupun di luar sana mereka masih lagi belum bertudung..semoga mereka diberikan hidayah..
amin..

cerita ni dah habis, saje saya nak upload sinopsis cerita ini..
sebab suka sangat menontonnya..hehe
Ramai yang upload sinopsis ini sebelum cerita ini habis..
tapi saya nak berbeza dari yang lain..
saya upload setelah cerita ini habis..hehe

di bawah ini adalah sinopsis daripada cerita tersebut diambil dari

http://sirinurkasih.blogspot.com (tq).

Episod 1
Mengisahkan kehidupan Ustaz Hassan Albasheer dan Hajjah Khadijah mempunyai dua orang anak lelaki yang berbeza perwatakan dan pemikiran. Aidil merupakan abang kepada Adam seorang yang lemah lembut,bersopan dan pegangan agama yang tinggi. Adam pula seorang yang kasar, hidupnya juga dipengaruhi budaya barat. Aidil dan Adam diminta pulang oleh ibunya kerana ayah mereka sedang tenat.



Episod 2

Aidil dan Adam tiba di kampong. Secara tidak sengaja, mereka bertemu dengan Nur Amina. Aidil telah jatuh hati sejak kali pertama melihat kecantikan wajah Nur Amina.

Adam mula bosan tinggal di kampungnya dan bercadang untuk pulang semula ke Australia.

Ustaz Hassan telah meminang Nur Amina untuk Adam sedangkan Nur Amina adalah pilihan hati Aidil.

Nur Amina turut kecewa dengan pinangan ini kerana dia mempunyai cita – citanya sendiri dan dia telah mendapat surat biasiswa untuk meneruskan pengajiannya.

Episod 3

Adam yang terkejut dengan hal itu membantah keputusan ayahnya kerana dia telah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Hajjah Khadijah memujuk Adam untuk berkahwin dengan Nur Amina dan akhirnya Adam akur.

Keadaan Ustaz Hassan bertambah teruk. Perkahwinan Adam dan Nur Amina diadakan dengan segera.

Dalam diam, Aidil menyimpan perasaan kecewa kerana wanita idamannya kini menjadi adik iparnya.

Episod 4

Adam menyalahkan Nur Amina kerana Nur Amina tidak menolak pinangan dari keluarganya dahulu. Aidil masih tidak mahu memulakan tugasnya di Biro Bantuan Guaman kerana risau dengan keadaan ayahnya. Nur Amina mengejutkan Adam dari tidurnya dan memberitahu tentang pemergian Ustaz Hassan.

Episod 5

Adam masih tidak percaya bahawa Ustaz Hassan sudah tiada lagi. Pada malam kenduri tahlil, Adam tidak menghadirkan diri dan ini menambahkan kekecewaan pada Hajjah Khadijah.

Aidil memujuk Adam untuk memohon maaf kepada ibunya. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Australia tanpa membawa Nur Amina.

Nur Amina yang terdengar perbualan diantara Adam dan Aidil merasa kecewa. Aidil meminta Adam membawa Nur Amina kerana sekarang Nur Amina telah menjadi isterinya dan jika dia diceraikan, pasti keluarga mereka mendapat malu


Episod 6

Adam meninggalkan Nur Amina di stesen keretapi dan berlepas ke Australia sendirian. Nur Amina yang sendirian terpinga – pinga ditinggalkan disitu. Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya.

Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkannya di Malaysia.

Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa seperti yang diimpikan selama ini.

Episod 7

Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya.

Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkan di Malaysia.

Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan seperti yang diimpikan selama ini.

Episod 8

Adam dan Katrina berkahwin. Katrina memutuskan untuk berhenti belajar kerana ayahnya tidak lagi memberi wang pembiayaan. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar untuk menyara kehidupan mereka.

Aidil telah pun menjadi seorang peguam. Aidil di minta memberi ceramah di Universiti Islam Antarabangsa dan dia bertemu dengan Nur Amina selepas beberapa tahun.

Aidil menceritakan apa yang berlaku selepas pemergian Nur Amina dan Adam dari kampung. Nur Amina terharu dengan tindakan Aidil yang sanggup menipu untuk menjaga nama baiknya dan keluarga.

Episod 9

Nur Amina sering berhubung dengan Aidil melalui email. Nur Amina meminta Aidil datang dihari konvokesyennya.

Kehidupan Adam di Australia telah jauh dari landasan agama. Tetapi, Adam terasa jiwanya kosong sedangkan dia mempunyai segala kemewahan. Apabila Katrina disahkan mengandung, Adam merasakan jiwanya akan tenang semula.

Ketika pulang dari berparti, Adam dan Katrina ditimpa kemalangan dan bayi dalam kandungan Katrina tidak dapat diselamatkan. Adam dipenjara kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

Episod 10

Ketika menjalani hukuman penjara, Adam mula sedar dan insaf dengan kesilapannya. Selepas dibebaskan, Adam kembali ke rumahnya dan berhasrat untuk membawa Katrina kembali ke pangkal jalan. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.

Nur Amina nekad untuk menceritakan segala galanya kepada keluarganya. Dia pulang ke kampong setelah sekian lama tidak kembali. Ketika tiba di kampong, Aidil menelefonnya dan memberitahu tentang kepulangan Adam.

Adam dan Katrina tiba di Malaysia. Aidil melarang Adam membawa Katrina bertemu dengan ibunya. Aidil meminta Adam menyelesaikan segala masalah yang telah timbul diantara dia dan Nur Amina.

Episod 11

Adam cuba memulihkan hubungannya Nur Amina. Nur Amina tidak sampai hati menceritakan hal yang sebenar tentang status perkahwinannya kepada Hajah kerana mengetahui Hajah mempunyai penyakit.

Aidil menemui Katrina di bilik hotel. Dia terkejut melihat Katrina tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel.

Aidil memberitahu Adam tentang kejadian yang berlaku.

Episod 12

Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bosnya.

Keadaan Katrina semakin teruk. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina.

Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil.

Episod 13

Nur Amina perlu meneliti projek di luar Bandar. Tanpa diketahui olehnya, Adam terpaksa mengantikan tempat bosnya disaat saat akhir. Nur Amina terkejut melihat kehadiran Adam di resort.

Adam cuba membaiki hubungannya dengan Nur Amina. Pada masa yang sama, Dato Hamzah yang merupakan client mereka mempunyai hati pada Nur Amina. Adam cemburu melihat keakraban mereka.

Sarah mencari Aidil sehingga ke Kuala Lumpur kerana mengetahui bahawa Aidil berada di rumah Adam.


selebihnya baca di link ini

www.scribd.com/doc/.../Nur-Kasih-Full-Version-by-OhArtis-Dot-Com


Selamat membaca =)

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)