Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Tuesday, February 2, 2010

Kelebihan Surah Al-Mulk

Abu Hurairah Radi-Allaho 'anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda, "Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa'ati (memberi syafa'at) kepada seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi."

Nota: Surah al-Mulk juga dikenali sebagai surah Tabarak-al-ladhi
Tentang surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk) ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman."

Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk) dan Alif-Lam-Mim-Sajdah diantara solat Maghrib dan Isya adalah seumpama seseorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke 9 didalam kiraan Islam . Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puloh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam 'Laila-tul-Qadr'. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.

Tirmidzi rahmat-Ullah 'alaih meriwayatkan daripada Ibn-e-Abbas radi-Allaho 'anho; "Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah disatu tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur.Dengan tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk). Merekapun menceritakan peristiwa itu kepada Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam yang menerangkan kepada mereka bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan keselamatan."

Jabir Radi-Allaho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam tidak akan pergi tidur sebelum ia membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk).

Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allaho 'anho telah berkata bahawa ia pernah mendengar satu riwayat yang mengatakan hahawa ada seorang pendosa besar yang pernah membaca surah Sajdah tetapi tidak pernah membaca surah yang lain-lain. Surah ini telah mengembangkan sayapnya diatas orang ini dan memohon kepada Allah, "Wahai Pemberi Rezekiku! orang ini kerapkali membaca daku." Dengan syafa'at dari surah ini diterima oleh Allah lalu diperintahkan supaya setiap dosa yang dimasukkan didalam kiraannya digantikan dengan pahala." Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allaho 'anho juga telah meriwayatkan bahawa, "Surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan berkata, 'Ya Allah! jikalau aku ini berada didalam KitabMu, maka terimalah syafa'atku, jika tidak hilangkanlah sahaja daku ini daripada KitabMu!'. Surah ini akan muncul didalam bentuk seekor
burung, mengembangkan sayapnya keatas rnayat itu dan menjaganya daripada siksaan kubur." la telah meriwayatkan semua sekali kelebihan-kelebihan surah Tabarak-al-ladhi ini. Ianya sendiri tidak akan pergi tidur sehinggalah ia membaca dua surah ini.

Ta'us rahmat-Ullah 'alaih telah berkata, "Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.

Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur. Apabila Hadrat Uthman radi-Allaho 'anho berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah ia menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka. Ia menjawab, "Aku telah mendengar dari Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.

Ya Allah! selamatkanlah kami daripada azab ini dengan keampuananMu

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)