Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Thursday, March 11, 2010

Cara Bacaan Tahlil & Doa

Assalamualaikum..
Al-fatihah untuk arwah nenek saya sebelah ibu yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Mac 2010 pada pkul 6.40 petang..kerana sesak nafas..
Sebelum saya mengetahui berita ini..ati saya tiba2 terdetik "nenek nak p" pada waktu maghrib dan saya terasa mahu baca yassin banyak2.. baru sahaja hendak mula baca, tiba2 saya dapat panggilan yang menyatakan nenek sudah tiada..
air mata saya jatuh laju ;(

Hari ini hari ke 3 arwah nenek pergi meninggalkan kami..
sememangnya banyak kenangan sy dan keluarga saya bersamanya..
arwah pernah tinggal bersama kami selama empat tahun..
pada ketika itu la sama2 saya dan ibu ayah sy menjaga makan minum, sakit arwah..
tak sempat kami sekeluarga bertemu dengan arwah ketika sakit sebelum arwah meninggal..arwah sebut2 name ibu sebelum meninggal..mungkin terlalu rindu nak jumpa..
hanya sempat bertemu 2 minggu sebelum arwah meninggal.
Masa itu arwah sihat..mungkin sudah ajal..yang hidup pasti akan pergi..itulah lumrah hidup kat dunia ni..
yang hidup perlu teruskan hidup dan sentiasa doakn untuk orang yang telah pergi tanda sayang kita kepadanya..
saya sempat sampai umah makcik pagi selasa sebelum arwah dimandikan sehinggalah dikebumikn..saya gak sempat cium arwah..air mata saya menitis lagi..;(
sy sudah tiada nenek dan atuk sebelah ibu..diharapkan nenek dan atuk sebelah ayah(jaga saya ketika kecik) dapat lihat cucu dieorg ni berjaya akan datang..amin

hari ini saya tak dapat ikut ke kenduri tahlil..
hari ni hari last..
semalam ayah sy yang mengetuai majlis tahlil kerana imam tak dapat hadir ke kenduri kami.. 1st time ayah sy kene handle kenduri tahlil..dalam hati die berdebar gak la sebab secara tiba2 je disuruh ganti pak imam..Nama pak imam tu EN Salleh..name ayah saya plak En Sallehuddin..=) same plak name kn..
tapi kami sekeluarga memberi semangat kepada ayah..
Alhamdulillah berjalan lancar kenduri semalam..
dengan topik yang sy tulis di atas, saya ingin berkongsi tentang
CARA BACAAN TAHLIL dan Doa..


sampai di sini sahaja pembelajaran tentang cara bacaan tahlil dan doa..

semoga arwah nenek sy ditempatkn di kalangan orang2 yang beriman

al-Fatihah...
















8 comments:

hisham said...

terima kasih tuan atas ilmu yang di beri... saya dah copy untuk di hafal.

Unknown said...

Terima kasih ,

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
HUDRY HAYAT ART GALLERY said...

Terima kasih kongsi ilmunya mudah2an diberkati Allah

najib said...

Alhamdulillah..semoga sejahtera arwah nenek tuan di sana

Unknown said...

Syukran.may Allah blessed you.sebarkan dariku walaupn satu ayat

zakir said...

Alhamdulillah Terima kasih atas perkongsian

Unknown said...

Alhamdulillah,
Terimakasih admin, semoga bermanfat, amin

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)