Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Saturday, April 10, 2010

Amalan Kecil Berpahala Besar

“Lelaki ini telah melakukan amalan kecil, namun diberi pahala yang besar”. (Hadis Rekod Imam Muslim)

"Janganlah kamu memandang rendah akan satu-satu kebaikan " (Hadis direkodkan Imam Bukhari dan Muslim"

Di antara amalan kecil yang berpahala besar:

“Dua kalimah yang ringan pada lisan, namun berat dalm timbangan mizan, dan disukai oleh Ar-Rahman : Subhanallahil ‘azim, Subhanallahiwa bihamdihi” – Rekod Bukhari dan Muslim.

Zikir
adalah amalan ringan dan mudah.Boleh dilakukan dengan lidah atau dalam hati.
Zikir trbaik adalah zikir2 yg diamalkan Baginda saw sepanjang hayat.Sbg rujukan sila rujuk buku Al-Azkar karangan Imam Nawawi .Buku trsebut memuatkan jutaan zikir yg diamalkan Baginda saw dan 95% hadis2 yg ditulis dan diambil oleh Imam Nawawi adalah hadis sahih dan hasan ,manakala bakinya hadis dhaif.

Senyum
Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban) Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Bergurau.
Zaid bin Aslam berkata, “Seorang wanita yang disebut Ummu Aiman datang
kepada Nabi saw. dan berkata, ‘Suamiku mengundangmu.’ Nabi menimpali
(dengan nada bergurau), ‘Siapakah ia? Apakah ia yang di matanya ada putihputihnya?’
Wanita itu berkata, ‘Demi Allah, tidak ada putih-putih pada matanya.’
Beliau menjawab, Thenar, pada matanya ada putih-putihnya.’ Ia berkata, Tidak
demi Allah.’ Beliau menjawab, Tidak ada seorang pun kecuali di matanya ada
putih-putihnya.’” Beliau memaksudkan putih biasa yang melingkari kornea mata,
tetapi wanita itu memahaminya sebagai putih di tengah-tengah mata yang berarti
lelaki tersebut terkena penyakit mata semacam katarak.

Baginda adalah suka bergurau dan bergurau adalah perlu trutama bg suami isteri.

Namun perlu diingat,bergurau perlu di atas perkara benar dan betul semata2,bukan perkara tipu dan bohong.

Melebihkan kuah masakan.

Sabda nabi
"Wahai Abu zar ,apabila kamu emmasak masakan,maka lebihkan kuah dan berikan jiran2 kamu "
Imam Muslim

Ingat mati
sabda nabi

Perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan(maut)
Nasai Tarmizi ibnu hibban Ibnu Majah

Ingat mati adalah amalan yg menjadikan kita sentiasa bersedia...
Ingat mati menjadikan kita sentiasa menambahkan ibadat sepnjg masa...
Ingatlah mati...

Bersalam

‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman
oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun
dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya
diampunkan segala dosa mercka walaupun banyak seperti buih di lautan.’
(Riwayat Thibrani)

amalkan bersalam..bersalam amalan baik n menggugurkan dosa...apabila dosa gugur,maka bertambah pahala...

Selawat.
“Siapa yang bershalawat kepadaku saat pagi
sepuluh kali, dan petang sepuluh kali, maka dia akan
mendapatkan syafa’atku pada hari kiamat”.

Diriwayatkan oleh Thabrani melalaui dua sanad, salah satunya
baik, lihat Majma’uzzawa’id: 10/120 dan Shahih Targhib dan Tarhib:
1/273.

Selawat adalah amalan kecil n pahala besar...
Berselawatlah ....

Memberi.

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:

"Bahwa Rasulullah saw. ketika berada di atas mimbar,
beliau menuturkan tentang sedekah dan menjaga diri dari meminta.
Beliau bersabda: Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang
di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah
adalah yang meminta "
Sahih Muslim

Gunakan tangan utk memberi apa2 yg baik.
Memberikan sedekah,memberikan bantuan dll.
Tangan adalah nikmat
Gunakan tangan ke arah kebaikan dan pahala....

Tunjukkan kebaikan.

Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu
sumbangan yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan
dan pahala sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang
sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam
ke arah keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal
dengannya selepas dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada.’
(Riwayat Muslim)

Adalah mudah menunjukkan kebaikan.Jk org tanya jalan ke mana2 destinasi,tunjukkan.Ia adalah pahala.
Jika ada org berwuduk tetapi tak sempurna,tunjukkan jalan betul n cara betul.Dapat pahala.
Jika ada kwn2 sdg mengumpat,bacakan ahdis ttg dosa besar mengumpat.Dapat pahala...

Jadilah penunjuk ke arah kebaikan.Setiap kebaikan adalah pahala...

Menggembirakan org lain.

"Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat
fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati
saudaranya sesama Islam’
Hadis riwayat Imam Baihaqi

Kita perlu gembirakan org lain.Teman,rakan ,guru,ibu bapa,anak,pasangan dll.
Jangan meyedihkan org lain...
Gembirakan mereka..
Kegembiraan yg anda berikan adalah ahdiah
yg amat besar nilainya dan pahala besar menanti anda...

Sabar dgn ujian.

Sesungguhnya besarnya balasan itu sesuai
dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah
jika mencintai suatu kaum, maka Ia akan mengujinya,
barangsiapa yang ridha akan ujian itu maka baginya
keridhaan Allah, dan barangsiapa yang marah/benci
terhadap ujian tersebut, maka baginya kemurkaan
Allah.” (Hadits hasan menurut Tarmudzi).

Memberi makan dan mmberi salam

Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu
antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah,
Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan
salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal’
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Tutup aib

Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain,
yang mana tidak boleh menzalimi antara satu sama lain,
dan jangan mengabaikan pertolongan kepadanya dan sesiapa
yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa menunaikan hajatnya,
dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala atau sebarang kesusahan,
Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari qiamat dan sesiapa yang menutup
keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.’
(Riwayat Bukhari Dan Muslim, Abu Daud)

Sembelih dgn baik dan elok.

Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu
membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka
perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia
menyenangkan haiwan sembelihannya itu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Sembelihlah haiwan dgn baik......Jgn mcm org yg gunakan karen utk lemaskan haiwan...
Jgn guna pisau tumpul...Jgn sembelih haiwan dpn rakan mereka..Belajarlah adab sembelihan..

Ehsanlah dgn haiwan...haiwan jg makhluk Allah....

Konsisten

"Amal yang paling dicintai Allah adalah yang
ber-kesinambungan meskipun sedikit." (HR. Al-
Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Abu Dawud, Ibnu
Majah dan Ahmad)

Ramai org islam isnin cakap benar,selasa cakap bohong...
ramai juga bulan Ramadhan rajin bc Al-Quran,lepas Ramadhan Al-quran simpan dalam almari...
itu tidak konsisten...

Kita perlu konsisiten..umat yg konsisten mndapat pahala berterusan sbgmana hadis di atas...

Menangis takutkan Allah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis
kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam
sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang
hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah
diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut rambut
matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t.
mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat
takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka
dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.
Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai
rambut."

Meninggalkan yg tidak berfaedah.

"Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya."

Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi

Bersih

"Kebersihan sebahagian drpd iman "
Hadis rekod Imam Muslim.

Bersih adalah iman,iman mendatangkan pahala...
apa nak jadi dgn org islam?
Sampah di mana-mana....makan buang,makan buang..
Naik kereta buang kulit rambutan kat highway...
ada motosikal trgolek sebab langgar kulit rambautan...

Bersih adalah sifat mulia dan mendatangkan pahala...
Bersih di mana-mana.....

Sampaikan hadis.

Dalam Shahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bahwa Rasulullah saw.
bersabda,
"Sampaikanlah dariku meskipun satu ayat dan tidak apa-apa kalian meriwayatkan
dari Bani Israel. Barangsiapa dengan sengaja berdusta atas namaku, maka bersiaplah
mengambil tempatnya di neraka."
(HR Btikhari, Tirmidzi, dan Ahmad)

Sbg suami..sampaikan ilmu kpd isteri...
ibu bapa smpaikan ilmu kpd anak2...skdr apa yg kita tahu...
Ramai suami meliah isterinya membuka aurat dan tahu jelas membuka aurat dosa besar namun tidak sesekali
mmbacakan hadis ttg dosa mmebuka aurat...
adakah itu suami yg menepati islam??

Hidup menjadi pndakwah..tanpa mengira usia atau status...
Dakwah adalah wajib kpd setiap org islam...Dakwahlah skdr ilmu yg kita ada....

Suka memuji

rasullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya :
“Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat
lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa)”. (HR. Muslim)

Ramai suami makan sedap masakan isterinya tp tidak memuji kesedapan...
asyk naik angin je bila makanan x sedap...

Bgtu jg ramai ibu bapa tidak memuji anak2 bila ank membuang sampah dll...

Pujian memotivasikan seseorg..Pujian jg memberikan pahala krn membawa ke arah positif...

Sujud mendapat berita gembira.

“Nabi saw apabila ada sesuatu yang
menggembirakan atau menyenangkannya, beliau
bersujud, pertanda syukur kepada Allah Yang Maha
Suci dan Maha Tinggi”.261

261. HR. Ashhabus Sunan, kecuali An-Nasai, lihat Shahih Ibnu Majah:
1/233 dan Irwa’ul Ghalil, 2/226.

Setiap waktu ada kegembiraan...Kegembiraan naik gaji,kegembiraan sembuh penyakit,
kegembiraan dapat anak dll...
Kegembiraan perlu disusuli dgn sujud sbg merendah dr n syukur kdp Allah....

Menjadi usahawan yg baik.

Nabi saw bersabda “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para
nabi,sodikin, orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak”.(Riwayat At-Tarmizi
dan Ibnu Majah).

Ramai usahawan islam...yg bilionair pun ramai...
namun sifat jujur n amanah mmg susah diamalkan.
Menjadi usahawan yg baik akan mendapat pahala besar dr Allah...
wang bukan segalanya.........

Sedekah anggota badan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

"Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau
berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah,
engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas
kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau
hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya
adalah sedekah"

Allah Maha Pemurah....

memilih teman baik.

"Perumpamaan teman yang shalih dan teman
yang jahat adalah seperti orang yang berteman
dengan penjual minyak wangi dan tukang
besi." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Hidup perlukan teman..jauhi teman baik pd nama tp jahat di sisi Allah..
Pilihlah teman2,jiran2...
Pilihlah..kita mmpunyai hak memilih...
kenapa pilih si pengumpat dan pemfitnah sbg teman?
kenapa pilih pemakan riba?kenapa pilih pelacur?
Ramai manusia boleh dijadikan teman..
pilih tmena baik2..mrk akan membantu kita kpd keredaan Allah....

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)