Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Thursday, April 15, 2010

Kisah Kacang Balang & Kulit Perhiasan

Dahulu kala..kacang sangat akrab dengan kulit..
diibaratkan macam kembar lah mereka tu..
kemana-mana sahaja lihat kulit, pasti nampak kacang..
tak kira la di mana mereka...ada kulit semestinya ada kacang..

suatu hari, kulit berkata pada kacang..
kacang ooo kacang..
jom kita jatuhkan diri dari tuan kita(pokok kacang)?
kita boleh hidup sama-sama kan..sebab orang kata kita sentiasa bersama..
macam belangkas...jom la kacang..
tanpa berpikir panjang..kacang setuju ngan cadangan kulit...
Maka kulit pon menjatuhkan dirinya bersama2 kacang...

Kulit sentiasa melindungi kacang pabila mereka jatuh bersama..
sangat-sangat melindungi kacang..

tiba-tiba, de seorang pemuda mengambil kulit dan kacang..
lalu mengupas si kulit ni..kulit merasa kesakitan..
sambil meraung..aduh..sakitnya badanku..kacang..tolongla aku..
masa itu, kacang seakan kene rasukan.. sambil dalam hati berkata..peduli apa aku..kalau aku jauh dari kulit, maka aku bebas..seronoknya..
kacang semacam tidak mempedulikan kulit walaupun dahulunya kulit sangat melindungi kacang...

Kulit merintih sorang2 tanpa dipedulikan kacang..lalu jatuh ke bumi sambil berkata
sampai hati kacang tidak memperdulikan aku..rintihnya..

kacang sangat gembira apabila dirinya bebas lalu dibawa pulang ke rumah pemuda itu..
kacang merasa puas..kerana selama ini dia merasa terkongkong dengan kulit..
Kacang berkata."yeah..aku bebas..aku bebas..!!"
Rupa-rupanya, kacang tidaklah anggap kulit sebagai orange penting dalam hidupnya selama ini..kacang merasa terkongkong selama ini..padahal..kulitlah yang melindungi kacang sepenuh hatinya..

Kulit tetap merintih hari demi hari..manakala kacang bergembira di dalam balang milik pemuda tadi..kacang berasa bergembira dengan pemuda tadi walaupun kacang sentiasa berada dalam balang..kacang tidak sedar bahaya yang menanti..

kulit sentiasa berdoa agar kacang sentiasa di dalam keadaan baik..
manakala kacang tidak pernah teringatkan kulit..

suatu hari, kacang bersama balang dibawa ke suatu tempat..kacang sangat gembira..
tengok tv rupanya aku..terlalu teruja melihat tv..
sedar tidak sedar, tangan pemuda mengambil kacang..
eh..kenapa ni..detik kacang..
mungkin pemuda ini mahu melihatku..tak semena2 blurppp...
akhirnya kacang mati dimakan pemuda..

kulit masih lagi berada di tempat sama si kacang meninggalkan dia..
kulit menanti kacang selamatkan dia..tetapi kacang tetap tidak muncul..
akhirnya, ada seorang manusia terlihat kulit bertaburan di atas tanah..lalu diambilnya kulit..
kata manusia itu "kulit kacang ni bagus tuk saya buat tampalan hiasan pada pasu rekaanku..bagus gak idea ni"
Kulit menangis, tak sangka ada juga insan yang menghargai kulit..lalu kulit berbahagia menjadi barang perhiasan manusia tadi..dan sentisa teringatkan kacang seumur hidupnya..kulit tidak tahu..yang kacang sudah tiada lagi..
kulit tetap setia menunggu sampai sekarang..

Pengajaran: kacang mmg sentiasa lupekan kulit..ade ke kacang nk stay ngan kulit??kacang stay ngn perut..tp itu pun akan dibuang setelah beberapa jam..jadi kacang xstay ngn sape2 pn..kacang ni diibaratkan akibat orang yang tidak kenang budi jasa orang lain..tidak bersyukur ada insan yang betul2 hargai..akhirnya kulit yang tidak berguna itulah sebenarnya yang paling berharga...

Nukilan owner blog Unique Of Islam..

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)