Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Thursday, April 21, 2011

Amalkan Yassin & Ayatul Qursi untuk Permulaan Hari anda

Assalamualaikum..
kat sini saya ingin berkongsi tentang tips harian saya..
1)Rajin2 la membaca atau mendengar surah YAsSIn (kalo xsempat sangat dgr mp3 dr hp & lebih afdal baca sendiri dan hafal)
jika dengar setiap hari, anda juga akhirnya trhafal alunan bacaan itu..
tidak kira la masa kita senang atau masa susah..ingati la DIA.. pasti DIA akan Ingati kita..insyaAllah..
2)Ayatul Qursi

Surah Yassin adalah Jantung kepada Al-Quran dan Ayatul Qursi tuk pelindung diri..saya sangat yakin sebab
Pengalaman saya:
1)saya pernah satu masa mempunyai banyak masalah, lalu saya amalkannya.. alhamdulillah datang penyelesaian tak disangka2 pada hari yang sama..

2)pernah satu masa saya accident, makcik yang mengurut saya kata, saya kene tolak dengan benda2 (paham2 jela benda ape kn..huhu).tapi menurut makcik saya, benda itu tertolak tepis saja sebab dia kata badan saya dilindung.. masa itu saya teringat, saya sudah terbiasa mendengar surah Yassin melalui mp3 kat hp sejak beberapa tahun lalu.. saya yakin itu yang melindungi saya..bila diingatkan balik kenangan accident 2, mesti umur saya tak panjang kalo ade kereta di belakang saya..bayangkan saya terlentang di tengah-tengah jalan raya..sebelum accident, saya dah dapat instinct siap2 yang akan berlaku something buruk kat saya & saya terus2 membaca ayatul qursi.. alih2 xsampai 5minit, sy pn accident..huhu.. (dah la tempat saya accident 2 pernah ada orang meninggal, agak KERAS la bak kata orang2 tua).. just kene tepis sikit je ngn benda tu..

3)Pernah suatu ketika bilik saya dimasuki pencuri: alhamdulillah saya tidak diapa2kan dan sempat lagi saya berebut dengan pencuri itu tuk rampas balik laptop saya (but unluckly xdpt pn laptop 2)

4) pernah satu masa saya kekurangan duit, dan berniat cuma makan megi je bermula dari hari itu.. sejam kemudian, alhamdulillah, biasiswa saya masuk..yahoooo...


tak tahu kenapa, ati saya akan sayu bila dengar alunan surah ni di MP3 sambil menyebutnya sampai menitis air mata (walaupun time 2 xde masalah apa2 pn).. terutama bila hati saya sedang sedih dan ini menjadi pengubat hati saya..alhamdulillah..

terima kasih dan Syukur kepada Allah.. kerana membantu hambaMU yang lemah ni setiap kali ditimpa kesusahan..

Mari amalkan bersama2 tuk kesejahteraan kita bersama.. insyaAllah

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)