Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Wednesday, October 19, 2011

Sujud Sahwi

Sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan disebabkan terlupa melakukan sesuatu sunat ab’ad semasa sembahyang seperti tertinggal tahiyyat awal.

Waktu bila sujud sahwi perlu dilakukan, samada sebelum atau selepas memberi salam?

Dalam Mazhab Syafie, sujud sahwi dilakukan sebelum memberi salam.

Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan sembahyang, lalu Baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila Baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya, baginda bertakbir semasa duduk, dan Baginda sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian barulah Baginda memberi salam.

2 kali sujud itu selepas membaca tahiyyat akhir…maksudnya:
1) sujud biasa 2 kali
2) membaca tahiyyat akhir
3) sujud sahwi 2 kali
4) memberi salam..

Dalam Mazhab Hanafi, sujud sahwi dilakukan selepas memberi salam.

Dari Ibnu Mas’ud, r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang Zohor lima (5) rakaat, lalu Baginda ditanya oleh para jemaah: “(Ya Rasulullah) adakah bilangan rakaat sembahyang telah ditambah?”

Baginda pula bertanya: “Mengapa (kamu berkata) demikian?”

Mereka menyatakan : Tuan telah mengerjakan sembahyang lima rakaat”

(Mendengarkan itu) Baginda pun sujud (sujud sahwi) dua kali selepas salam.

(Hadis Shohih- Riwayat Bukhari dan lain-lainnya)

Manakala Mazhab Maliki pula bergantung samada terlebih atau terkurang bilangan rakaat pada sesuatu sembahyang. Jika terkurang rakaat, sujud sahwi dilakukan sebelum salam. Jika terlebih rakaat, maka sujud sahwi dilakukan selepas salam.

Doa Sujud Sahwi (Dibaca semasa/dalam sujud)

sahwi2.gif
Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)