Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Friday, March 2, 2012

SUNNAH WAL JAMAAH vs WAHABI


1-Apakah pengertian golongan Wahabi ?
Golongan Wahabi adalah satu aliran yang diasaskan oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun yang ke-12 hijrah di Najd Jazirah Arabiyyah.
Fahaman ini dikenali juga sebagai Aliran Kaum Muda di Malaya dan Indonesia pada tahun 30an, 40an dan 50an.
Aliran ini dinisbahkan kepada bapa beliau yang merupakan seorang dari Ulama’ mazhab Hambali. Telah menjadi adat Kaum Arab menisbahkan sesuatu itu kepada bapa ,datuk dan keatas.
Seperti Mazhab Syafi’e adalah aliran Mazhab yang dinisbahkan kepada moyangnya ,sedangkan nama pengasas yang sebenar adalah Muhammad bin Idris.Begitulah adat kaum Arab dalam menisbahkan sesuatu.
Walaupun begitu mereka yang berpegang dengan aliran ini tidak selesa dengan gelaran Wahhabi sebaliknya mendakwa mereka dari golongan Kaum Salaf atau kaum Ahli Sunnah .
Kenapakah begitu?Ini kerana istilah Wahhabi pada hari ini mula diketahui ramai akan kesesatannya dalam Aqidah dah cabang yang lain.
Oleh kerana itu harus berhati-hati dengan kaum ini kerana mereka terkadang mempergunakan nama Ahli Sunnah, Salaf dan pelbagai istilah yang baik-baik untuk mengaburi orang awam dari mencium kesesatan pegangan golongan ini.
2-Apakah diantara ajaran Wahhabi yang bertentangan dengan Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jama’ah?
Ramai orang merasakan golongan ini hanya pembawa bid’ah dalam masaalah-masaalah Furu’(cabang) semata-mata sedangkan sebenarnya golongan ini membawa sebesar-besar bid’ah dalam masaalah Aqidah !!
Oleh kerana itu ramai dari kalangan mereka yang berwajib, para Ulama’ , para pendakwah merasakan perkara ini tidak ada keutamaan untuk ditangani dengan sungguh-sungguh.
Diantara ajaran golongan ini yang bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah ialah menolak dan merendah-rendahkan pengajian sifat 20 .
Sebaliknya mereka membawa kaedah Tauhid yang baru iaitu pembahagian Tauhid yang tiga .
Defenasi tauhid tiga di sisi aliran Wahhabi:
1-Tauhid Rububiyyah.
Tauhid bagi mereka yang menyembah berhala.Kununnya mereka menyembah berhala untuk mendekatkan diri kepada Allah.Sementara berhala merupakan pengantara antara hamba dan Tuhannya.
2-Tauhid Uluhiyyah.
Tauhid bagi mereka yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata dengan tiada sebarang perantara makhluk.
3-Tauhid Asma wa Sifat.
Beriman dengan ayat-ayat mutasybihat secara zahirnya.Seperti dikatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy dan lain-lain lagi.
Bagaimana mungkin Tauhid itu terbahagi kepada tiga?
Sedangkan Tauhid itu hanya satu iaitu mengesakan Allah dan tidak sama sekali membeda-bedakan Tauhid seperti Tauhid yang tiga ini.
Dengan menerima konsep tauhid rububiyyah dan uluhiyyah mengikut pentafsiran seperti ini maka banyak amalan-amalan yang diperakui baik menjadi sesat dan membawa syirik kepada pelakunya.Seperti amalan Maulid Nabi,marhaban,berdiri sewaktu salawat,tabarruk(ambil berkat),tawassul(berwasilah) ,ziarah makam Nabi-nabi, Rasul-rasul ,Auliya’ dan salihin.
Sementara tauhid asma wa sifat pula membawa implikasi menjisimkan(visual) dan mentasbihkan(menyamakan) zat Allah s.a.w dengan mahkluk. Seperti menyifatkan Allah dengan tempat dan angguta(jarihah).
Ini adalah aqidah kaum Musyabbihah Mujassimah yang wujud pada kurun yang ke-4 hijrah dan dikembangkan semula oleh Ibnu Taimiyyah pada kurun ke-7 hijrah dan seterusnya dikembangkan pula oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun ke-12 hijrah.
3-Adakah kita boleh mengikut sebahagian daripada ajaran/amalan wahhabi atau kita diminta meninggalkan keseluruhan ajaran tersebut?
Pada saya penjelasan tentang Aqidah dan amalan agama telah jelas dan nyata seperti matahari disiang hari.Para Ulama’ telah meninggalkan penjelasan agama dengan sejelas-jelasnya dalam seluruh bidangnya didalam kitab-kitab yang sampai kepada kita.
Kalau begitu tiada keperluan lagi merujuk kepada saranan dan amalan aliran Wahhabi , kerana telah dibuktikan dalam banyak hal dimana mereka telah menyelewengkan pengertian ayat-ayat al-Quran , Hadith dan pandangan para Alim Ulama’ silam.
Bahkan telah dibuktikan mereka melakukan pemalsuan terhadap kitab-kitab Ulama’ silam dengan tujuan supaya dapat mengelirukan umat islam dan mengikut telunjuk mereka.
Berkemungkinan terdapat juga amalan-amalan mereka yang betul, akan tetapi kalaulah kebenaran sudah bercampur baur dengan kebatilan, akan menjadi kesusahan pada orang awam untuk menentukan yang mana satu betul dan salah!! Mungkin perkara benar dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar dan diamalkan sehingga ke akhir hayat. Maka ini akan mengundang kita kepada kemurkaan Allah di dunia sehingga Akhirat.
Oleh itu jauhilah ajaran ini dan berpeganglah dengan amalan-amalan yang disepakati Ulama’, insyaallah selamat dunia akhirat.
4-Apakah akibat yang akan kita dan masyarakat dapat jika mengamalkan ajaran-ajaran Wahhabi dari segi aqidah , ibadah dan sosial?
Akibat dari sudut aqidah pastinya sangat bahaya , kerana bila tergelincir sesaorang Muslim dalam aqidah akan membawa kegelinciran dalam soal-soal yang lain.
Selain itu konsep Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah disisi Kaum Wahhabi membawa implikasi kepada syiriknya amalan Maulid Nabi,bacaan barzanji,berdiri ketika selawat Nabi,marhaban,memuji-muji Nabi s.a.w, menziarahi kubur Nabi s.a.w, amalan tabarruk(ambil berkat) dan lain-lain lagi.
Dari sudut ibadah pula banyak amalan-amalan baik yang tergolong didalam bid’ah hasanah di anggap sebagai buruk dan seterusnya masyarakat mula meninggalkannya.
Contohnya amalan membaca Yasin dimalam jumaat adalah merupakan amalan yang baik.Sekurang-sekurangnya kita ada membaca al-Quran dalam seminggu.
Ini adalah implikasi dari penta’rifan bid’ah yang telah disalah ertikan oleh golongan Wahhabi ,dimana mereka mengatakan pengertian bid’ah itu segala amalan yang Nabi s.a.w tidak lakukan sewaktu hayatnya.
Sedangkan kita jumhur Ulama menta’rifkan dengan segala amalan yang baru yang hanya bertentangan dengan al-Quran,al-Sunnah,al-Ijma’ dan Qias sahaja dikatakan sebagai bid’ah yang dhalalah(sesat) dan dilarang untuk diamalkan.
Sementara amalan-amalan yang ada sandaran dari dalil-dalil samaada dari nas-nas yang bersifat khusus atau umum adalah dianjurkan untuk diamalkan selama mana tidak terdapat nas-nas yang melarang amalan tersebut.
Dari sudut sosial pula dengan munculnya golongan ini akan menimbulkan perpecahan, perbalahan didalam masyarakat dan perpecahan itu sangat dilarang didalam agama.Yang lebih membimbangkan fahaman golongan sudah menjadi kenyataan telah mendorong para pengikutnya kepada Islam militant.
Jauhilah golongan ini demi keselamatan aqidah ,ibadah dan keharmonian dalam bermasyarakat.
5-Bagaimanakah kedudukan pengikut Wahhabi dari segi pandangan Islam, samada mereka termasuk dalam golongan musyrik atau sebagainya?
Didalam aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah kita diajarkan supaya bersikap tidak membudayakan sikap kafir menkafir.Walaupun telah jelas para Alim Ulama menggolongkan mereka sebagai golongan yang sesat , namun tidak mengkafir mereka.
Ramai dari kalangan Ulama’ yang menggolongkan mereka sebagai ahli bid’ah.
Namun Rasullullah s.a.w. menegaskan didalam hadithnya betapa golongan sesat itu dijanjikan Neraka dan menjanjikan Syurga kepada golongan Ahli Sunnah wa-al-Jamaah.
Terkadang golongan ini mendabik dada mengaku sebagai Ahli Sunnah sedangkan hakikat yang sebenar adalah pembohongan yang nyata.Telah terbukti aliran ini bertentangan dengan pengajian Ahli Sunnah wa al-Jamaah.
Kita menyarankan kepada para pengikut golongan ini agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. darihttp://alsubki2.blogspot.com

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)