Assalamualaikum.. Selamat berpuasa pada Semua umat Islam..
Malam ni akan masuk 20 Ramadhan . Maka bermulala 10 Malam terakhir Ramadhan pada Tahun 2012..
Alhamdulillah saya sudah siap masak untuk hari ni..
sementara menunggu waktu berbuka lagi 1 jam 1/2 ni..
Di sini ada beberapa tips untuk bangun Malam
Petua dari Imam Al-Ghazali:
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.
3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.
Wallahu’alam-
Tambahan dari atas..
- Sebelum tidur niat bangun malam. Mintak pada Allah, moga dikejutkan bangun malam
- Tidur awal supaya dapat bangun awal.
- Cara Mudah Untuk Bangun Malam (Tahajjud)..
baca Surah Al-qadr ayat 1-7 (mula dengan - INNA ANZALNAHU FI LAILATIL-QADR..) ayat ke 7 ulang 7x .masa baca ayat ke 7,niatkan dalam hati pukul brapa nak bangun.... InsyaAllah.. - amalan dari seorang Syeikh dari Arab...
- Cara Mudah Untuk Bangun Malam (Tahajjud)..
baca Surah Al-qadr ayat 1-7 (mula dengan - INNA ANZALNAHU FI LAILATIL-QADR..) ayat ke 7 ulang 7x .masa baca ayat ke 7,niatkan dalam hati pukul brapa nak bangun.... InsyaAllah.. - amalan dari seorang Syeikh dari Arab...
Mengenalpasti Malam Lailatul Qadar
firman Allah SWT dalam Al-Quran :
“Sesungguhnya Kami turunkan (Al-Quran ini) pada Malam Al-Qadar. Apakah jalannya untuk kamu mengetahui apakah itu Malam Al-Qadar (sudah tentu kita tidak ada ilmu tentangnya kecuali diberitahu sendiri oleh Allah SWT)? Malam Al-Qadar itu lebih baik daripada 1,000 bulan. Turun malaikat dan ruh padanya dengan izin Rabb mereka untuk mengerjakan segala urusan. Sejahteralah ia (malam itu) sehingga terbit fajar.” (Al-Qadr : 1-5)
Ayat ini menerangkan Bahawa
1. Ayat pertama jelas menyebut waktu malam, bukannya siang.
2. Malam Al-Qadar tidak disebut Siang Al-Qadar. Jika ia berlaku serentak di seluruh dunia, ia lebih sesuai disebut sebagai Hari Al-Qadar kerana melibatkan siang dan malam sekaligus.
3. Ayat kelima mengatakan Malam Al-Qadar itu tamat pada waktu fajar. Jika ia berlaku serentak di seluruh muka bumi, waktu tamatnya tentu lebih sesuai disebut “sehingga terbit fajar dan tenggelam matahari (senja)”, ataupun sesuai juga disebut sebagai “sehingga dua tepi siang (iaitu waktu subuh dan maghrib)” kerana ketika fajar tamat di Makkah, bahagian dunia yang lain belum tamat malah ada yang sedang melalui waktu senja.
Amalan Ketika bangun Malam
- Solat Taubat (Bersihkan diri dahulu dengan bertaubat pada Allah)
- Solat Tahajjud
- Solat Hajat (Mohon la kemaafan kepada Allah)
- berzikir, beristigfar
- Membaca Al-quran.
itu saje perkongsian dari sy
Admin
Nora
Hadiahkan Al-Fatihah kepada
* Nabi Muhammad S.A.W, para keluarga Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat2 nabi
* kepada Arwah sahabat saya Zailah Binti Tubari, Arwah nenek sy Raminah Binti Ngadimin & arwah atuk sy Abdullah bin Suratin
* kepada sesiapa sahaja yang masih hidup iaitu ibu ayah saya, adik bradik saya ,saudara mara saya , sahabat2 baik dan kenalan2 saya..
tag: amalan 10 malam terakhir, sepuluh malam ramadhan,malam Lailatul Qadar, Qadr, Tips bangun Qiamulail,
No comments:
Post a Comment