Followers

Unique of Islam Headline Animator

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini: “Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Show your appreciation to this blog.

Tafsir Mimpi tidak sama seperti di tempat lain

Friday, January 30, 2009

Kisah cerita

Pada suatu hari..
ada seorang wanita sangat bersungguh-sungguh dalam membantu seseorang yang lain...
Di dalam hatinya cuma ada perkataan "membantu orang lain sehingga mereka insaf"
banyak sangat lah dugaan yang dia hadapi..
dicaci..dimaki..dihamun..semua beliau sudah merasainya..
tetapi di dalam hatinya cuma ada niat untuk membantu orang yang lain....
dia tidak pernah putus asa....tetap membantu orang lain untuk kembali ke jalan Allah...
terus...dan terus beliau usaha untuk membantu yang lain..

pada suatu ketika....
beliau berpeluang untuk membantu seorang sahabat beliau...
sungguh kasihan sahabat itu..
sampai di hati si wanita itu nekad untuk terus membantu tanpa putus asa...
nasihat....ingatan...semuanya telah beliau berikannya tanpa ada rasa terpaksa..
akan tetapi..sahabat beliau ini susah juga ingin dibantu...
ada sahaja alasannya...
tetapi si wanita ni tetap tidak berputus asa...
terusss..dan teruss..beliau mengingatkan sahabatnya itu....
suatu hari sahabat beliau menengking si wanita ini kerana tidak tahan...
si wanita ini tetap tidak putus asa..
walaupun ditengking...sampai terluka hatinya.
beliau tetap ingin menolong sahabat beliau kembali ke pangkal jalan....
entah kenapa pabila semakin banyak beliau menegur..
semakin teruk perangai sahabat beliau...

dan sehingga kini beliau hanya mampu untuk berdoa sahaja...
moga-moga sahabat beliau kembali ke pangkal jalan..
tidak menyesal kemudian hari....

kepada yang membaca kisah ini...
tolonglah bacakan doa ini untuk sahabat beliau..

Ya Allah...engkaulah yang maha Mengetahui segala-segalanya...
yang mampu mengubah hati seseorang kepada yang lebih baik..
engkau ubahlah sahabat kami ini kepada yang lebih baik..
bawalah ianya menemui cahaya hidayahmu...
bantulah ia kembali dengan secepat mungkin..
janganlah engkau sesatkannya....
tolongla kami Ya Allah....
kami memohon pertolongan darimu melalui doa ini...
kerana doa adalah senjata bagi seorang islam....bantulah kami Ya Allah..
bantulah kami....hamba yang lemah ini..amin.

nukilan...
Hamba Allah yang sangat mengharap..

No comments:

Add Your Link Here

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Solat

ANDA INGIN KUAT? HEBAT? HUBUNGAN ANTARA YANG MAHA ESA DENGAN DIRI KITA

MARILAH MENUNTUT ILMU

PERHATIAN..
letakkan link http://uniqueofislam.blogspot.com/
pada blog anda..
terima kasih.
..........................................................................................

Disclamair:

Blog ini sebenarnya adalah untuk kegunaan rujukan saya di masa kini dan masa hadapan.
kalau terlupa, blog ini la yang akan mengingatkan saya kembali apa yang telah lupa..
moga dapat dikongsi bersama pembaca,pelawat, sahabat tidak kiralah di mana anda semua berada..
Posts di dalam blog ini saya telah mengkaji kesahihannya dahulu sebelum dipost.
Jika masih lagi ada terdapat kesilapan di dalam post blog ini, sila kemukan komen pada post tersebut, saya akan segera mengkaji dan memperbetulkan kembali post tersebut

Sekian Terima Kasih. =)


referer from..

himpunan Doa-doa SESUAI untuk Pelajar

1-DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT

Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2-DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

3-DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

4-DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN

Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

5-DOA MOHON KEKUATAN IMAN

Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

6-DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN

Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

7-TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS

Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.


8-DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW


Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

9-DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR

Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

10-DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN

Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)